Satu tindakan dalam mencari maklumat samada di dalam pengkalan data komputer atau rangkaian(WEB).
4 KATEGORI DALAM PROSES PENCARIAN WEB:
1) DIREKTORI
Direktori web atau panduan web ialah pewakilan hierarki hyperlink. Ia menggunakan kategori untuk menumpukan carian yang ditetapkan, dan laman web akan menyusun mengikut kategori, bukan hanya dengan kata kunci. Direktori subjek adalah berguna untuk mencari secara luas, serta mencari laman web tertentu. Tujuan utama direktori adalah untuk menjadi bermaklumat dan bukannya komersial. Satu contoh yang baik carian secara direktori adalah Yahoo, sebuah portal carian gabungan direktori enjin, atau salah satu direktori carian asal, Open Directory atau dmoz untuk pendek.
2) ENGIN CARIAN(SEARCH ENGINE)
Enjin carian adalah program komputer yang membantu pengguna untuk mencari maklumat tertentu. Enjin carian mempunyai saiz yang besar dimana, pengkalan data yang dipanggil sebagai labah-labah(program perisian) dicipta untuk membantu mencari maklumat mengenai sebarang subjek yang diinginkan. Hasil pencarian yang dikumpulkan dari enjin carian tidak selalunya tepat kerana enjin ini tidak intuitif dan tidak boleh membuat kesimpulan secara dinamik.
3) ENJIN META-CARIAN(META-SEARCH ENGINE)
Meta-carian bermaksud proses pencarian dengan menggunakan lebih daripada satu enjin carian untuk menyempurnakan tugas pencarian subjek yang ditetapkan. Pengguna akan menerima hasil carian yang terbaik untuk subjek yang dikehendaki dari setiap enjin carian. Meta carian adalah tempat yang baik untuk mencari hasil yang sangat luas tetapi kekadangnya tidak memberikan hasil yang berkualiti sama seperti menggunakan setiap enjin carian dan direktori.
4) BUKU PANDUAN TELEFON(YELLOW PAGES)
- Laman putih membenarkan pengguna untuk mencari maklumat mengenai sesebuah individu.
- Pengguna juga boleh mendapatkan nombor telefon dan email individu yang diinginkan.
- Tetapi laman putih ini boleh disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
- Untuk sesetengah individu laman putih boleh menggangu kehidupan privasi mereka.
- Buku panduan telefon ini juga mengandungi hal-hal yang berkaitan perniagaan.
No comments:
Post a Comment